Imagine Luhan



Kau dengan Luhan duduk dekat bangku diam diam.Luhan suruh kau bangun,dia pun bangun.Dia peluk kau sambil cakap "maafkan saya sayang, i love you....tapi saya terpaksa tinggalkan awak..harap awak terima dengan baik..." dia nak lepaskan pelukan tu.Kau terus peluk dia kuat kuat "wae? apa salah saya!? apa salah saya?? *menangis* kau perlahan lahan jatuh ke tanah.Dan Luhan biarkan kau,dia terus pergi.

Kau hanya dapat merasakan pahitnya dalam pelukan.Kau tak sangka dia akan putus dengan kau.Dah 4 tahun kau bersama dengan dia.Adakah ini yang terakhir? atau mungkin tidak.Awak nak tinggalkan semua memori kita? Kenapa awak macam ni....

Kau terus balik ke rumah dalam keadaan basah kuyup akibat hujan yang lebat.Kau tak nak ambil teksi.Kau paksa diri kau berjalan kaki.Dalam keadaan basah kuyup, kau sampai di rumah.Mak kau terkejut,dia bawa kau ke bilik.Mak kau tanya "kenapa ni? kenapa tak balik dengan Luhan or teksi?" muka dia risau sangat.Kau hanya senyum dan cakap "Luhan sibuk mak,saya nak ambil teksi tapi duit tak cukup tertinggal kat sini" mak kau hanya mengangguk tanda faham.Mak kau siapkan bubur dan tuala basah untuk kau.

Air mata bercampur dengan air tak ada yang perasan kan?Apa lagi hati yang terluka.Kau hanya baring atas katil dalam keadaan kesejukan dan air mata kau laju menuruni pipi kau.Kau hanya teringat kenangan bersama Luhan.Makan gula kapas sama sama,main salji sama sama,makan,shopping.......Kau nak itu kembali lagi menjadi yang terbaik.Tapi itu hanya angan angan kerana si dia dah pergi dari kau.Beberapa minit kemudian kau terlelap.

Pagi memanggil kau.Sayup kedengaran alarm phone.Kau terus bangun dan mandi.Kepala kau rasa berat sangat mungkin hanya demam biasa.Kau terus ke bilik air.Sudah kau mandi.Kau keluar dari bilik air, baru selangkah kau keluar,air yang berada di atas lantai begitu licin dan mengakibatkan kepala kau terhantuk ke atas lantai.Dan yang lebih teruk gelas kaca terhempas di atas kepala kau sebab kau terjatuhkan gelas itu.

Mak kau terdengar bunyi kaca pecah dalam bilik kau,dia terkejut dan hampir pitam bila tengok kau terbaring dan kepala kau berdarah.Mak kau terus angkat kau ke dalam kereta dan bawa kau ke hospital.Dalam keadaan kelam-kabut mak kau hanya membawa kereta dan air mata.Sampai di hospital mak kau hanya menunggu doktor keluar dari bilik pembedahan.Mak kau terus telefon Luhan untuk beritahu apa yang berlaku.Mak kau cakap "Luhan...anak makcik Luhan...*menangis*" Luhan hanya pelik dia pun tanya mak kau "kenapa makcik?" akhirnya mak kau beritahu perkara yang benar.Luhan terkejut bila dengar berita pasal kau.Dia terus ke hospital untuk berjumpa dengan kau.

Sampai di hospital, kau masih lagi dalam bilik pembedahan.Luhan dan mak kau menenangkan satu sama lain.Luhan hanya menunggu doktor keluar.Dia tunggu, tanpa sedar dia menitiskan air mata, hatinya rasa tidak sedap, dia rasa bersalah sebab buat kau tertekan.Akhirnya doktor keluar,dia pandang mak kau.Doktor "Makcik boleh kita bercakap dekat sana".Selepas doktor memberitahu perkara sebenar, mak kau terus pitam.Luhan pelik dia terus bangunkan mak kau.Mak kau terus bagitahu "Luhan....dia dah tak ada....*menangis*" Luhan terkejut, mukanya pucat,air matanya turun dengan laju.Bunyi pintu dibuka kedengaran, mayat kau keluar dari bilik pembedahan.Luhan laju pergi ke mayat kau sambil cakap "sayang....saya minta maaf sebab buat awak macam ni....saya tahu salah saya....maafkan saya....." dia terus ingin peluk mayat kau.Tapi mak kau halang.

Luhan ingin mengejar mayat kau di saat mayat kau dibawa pergi ke tempat lain.Mak kau hanya menangis teresak esak sambil cakap "Luhan..........jangan macam ni....*menangis"Luhan dan mak kau hanya menangis.Luhan terus buka phone dia dan dia baca semula conversation lama kau,gambar lama dan itu hanya kenangan.Luhan hanya meninggalkan kau untuk seketika..kau meninggalkan dia untuk selamanya....

No comments: