Imagine Kris

Kau dan Kris dah 4 tahun bersama, dia selalu ada untuk kau tak kira masa atau waktu.'phuuuu' angin melalui telinga kau, kau pandang belakang kau nampak Kris.Kau baru nak sentuh muka dia, dia hilang begitu je.Sebenarnya Kris dah pergi ke Amerika untuk 3 bulan.Minggu depan Kris akan balik, kau menantikan hari hari kau dengan kesunyian.Kau rasa kau dah tak sabar nak jumpa dengan Kris.

Kau gantung gambar kau dengan Kris.Kau menangis kerana tak sanggup menunggu untuk sekian lama.Akhirnya, Kris bagitahu kau, dia akan balik esok malam.Kau pun cakap "saya akan tunggu awak sayang..."

Pada keesokannya, kau bersiap siap untuk berjumpa dengan Kris, tv rumah kau terbuka.Tiba tiba kau terdengar "kapal terbang dari Amerika ke Korea terhempas di laut" kau cepat cepat pergi ke ruang tamu.Kau tengok berita tu menunjukkan gambar Kris dan penumpang yang maut.Kau terkejut, kau dah hampir siap untuk ke airport.Kau terus jatuh ke lantai.Kau menangis teresak esak, tiba tiba kepala kau memainkan memori kau dengan dia.Kris selalu menjadi peneman hidup kau, adakah 4 tahun itu berakhir? kau terus tampar muka kau sendiri.Kau tak dapat nak terima ini hakikatnya, kau terus menangis dan kau terus terbaring di atas lantai.

Kau menutup mata, air mata kau masih berderu keluar.Kawan kau datang untuk mengambil buku dia yang tertinggal terkejut dengan kau, dia terus bawa kau ke hospital.Sampai di sana, doktor mengesahkan yang kau koma untuk beberapa bulan.
Kris hanya mampu berdiam diri dan melihat kau dari jauh, dia hanya mampu melihat kau...dan dia dah menutup mata untuk selamanya.........

No comments: