Imagine Baekhyun

Tepat pukul 10 malam kau perlu mengemas kedai kau.Kau simpan semua kerusi, kau lap meja sana sini.Tiba tiba ada seorang lelaki berpakaian dengan penuh kemas datang, kau pun cakap "maaf encik tapi kedai dah nak..." sebelum kau habiskan ayat kau.Dia dah potong ayat kau "saya nak order tu dengan ni..." kau hanya merungut dalam hati dan terus mengikut arahan dia.

Selepas semua yang dia order siap, kau terus hantar dekat meja dia.Dia terus bayar duit untuk apa yang dia order.Bila kau pusing, dia terus tarik tangan kau, dia bagi kad untuk kau.Kau hanya ambil.Dia terus meninggalkan kedai itu.Kau tengok dekat kad tu nama dia dan number phone."oh kau ni byun baekhyun ye..." kau tersenyum sinis sambil tengok kad dia.

Kau terus simpan barang kau, kau mengunci kedai tu dengan berhati hati.Kau baru mulakan beberapa langkah sambil melihat kad itu.Kau terdengar ada orang panggil kau dari belakang, bila kau pusing kau terperanjat Baekhyun masih lagi di luar kedai."kalau saya Byun Baekhyun pun kenapa?" dia tanya kau sambil tersenyum.

Kau hanya ragu ragu nak menjawab.Dia terus tarik tangan kau dan bawa kau ke suatu tempat.Kau terus bertanya "awak nak pergi mana ni??" Baekhyun hanya mendiamkan diri sendiri.

Kau hanya ikut langkah Baekhyun.Sampai di suatu tempat, kau terpaku sebab kau melihat pemandangan yang sangat indah di depan kau.Baekhyun hanya melihat kau dari belakang.Kau terus pusing ke belakang, "kenapa awak bawa saya dekat sini..?" kau hairan sebab kau tak pernah kenal dia.Baekhyun tersenyum dia letakkan tangan dia atas bahu kau "saya...akan cepat cepat berterus terang dengan orang yang saya suka..." kau pun bertambah pelik "dah kenapa saya yang awak bawa?..." Baekhyun terus mencubit pipi kau "awaklah gadis tu...saya dah jatuh cinta dengan pandang pertama...awak dah cairkan hati saya dengan senyuman manis awak *tenung kau*" pipi kau dah merah, kau tak tahu nak buat apa.Baekhyun terus memeluk kau "be mine? *jerit* i love you!!!*" kau pun terperanjat, kau terus mendiamkan diri.

Fikiran kau dah bercampur, kau terus tengok muka Baekhyun.Adakah ini yang dia cari?untuk selama ini?adakah ia cinta...?kau terus mengangguk.Kau rasa dia yang terbaik untuk kau..?betapa kau terperanjatya dia boleh buat kau tersenyum untuk satu hari...kau terus tenung muka Baekhyun.Kau tengok dia tersenyum sambil cakap "saya akan buat awak bahagia sayang...*cium dahi kau*" kau terus dalam dapakan Baekhyun.Betapa indahnya untuk hari ini...untuk malam ni...dan ia cinta...

No comments: