Imagine Kris + Tao

Kau baru saja pindah ke sekolah baru, kelihatan sekolah itu seperti sekolah untuk parents yang kaya.kau masuk dekat sekolah tu, kau tergamam betapa indahnya sekolah tu.Kau terus pergi ke bilik guru, bilik guru dia penuh dengan kemewahan.Kau berjumpa dengan guru kelas kau.

Cikgu terus ajak kau pergi ke kelas kau, sambil kau berjalan ke kelas kau, kau terpaku sebab kau tak sangka sekolah ini dihiasi dengan gambar gambar orang yang terkenal.Dindingnya bersih, sampai di depan kelas kau.Kau terus menunduk muka.Cikgu kau pun bersuara "ha kelas, ini kawan baru kamu..." kau terus menunduk "hai, nama saya..." cikgu minta kau duduk dekat belakang.

Semua murid pandang kau, kau duduk di belakang seorang murid lelaki.Kau keluarkan buku tulis dan buku nota.Kau ni paling suka subjek Matematik, kau terus fokus terhadap cikgu.Kau terdengar murid lelaki depan kau ini bertanya kepada kawan sebelah dia "weh aku tak faham lah..." kau terus menyampuk, dan ajar dia.

Dia hanya memandang kau, kau terus tanya dia sambil berpaling dekat dia "faham?" dia terus cakap "faham....awak ni cantik juga..by the way..nama saya Kris *wink*" dia terus pusing ke depan.Kau tengok kawan sebelah dia memandang kau sambil mengangkat tangan "hey, Tao.." kau mengangguk.

Kau terus pergi ke kantin, kau hanya berseorangan.Tiba tiba lengan kau ditarik, kau nampak Kris dan Tao tersenyum.Kris hanya berkata "budak baru, makan dengan kiteorang?" kau pun terus berpaling dekat Tao.Tao hanya tersenyum.Kau terus mengangguk.

Kris terus letak lengan dia atas bahu kau.Tao hanya tersengih, sampai di kantin semua murid terpinga pinga sambil melihat kau disisi Kris.Kau hanya menundukkan muka.Kris terus bawa kau ke meja, Kris terus suruh kau duduk.Kris tolong belikan kau aiskrim dan coklat.Kau terus mengangguk, sambil cakap "terima kasih..." Kris hanya tersenyum.

Semua murid masih lagi terpinga pinga, kau pedulikan orang sekeliling kau.Kris makan sambil melihat kau, kau terasa malu, kau terus tundukkan muka.Habis waktu rehat, kau terus ke kelas.Seorang murid perempuan memanggil kau.Kau hanya berpaling, dia terus bisik dekat kau "macam mana kau boleh rapat dengan Tao dan Kris? dieorang tu tak suka rapat dengan orang walaupun classmate dia.." kau hairan, kalau macam tu kenapa dieorang rapat dengan kau je? kau terdengar seorang lagi murid perempuan memanggil kau dalam keadaan menengking "yaaa! budak selekeh!! kau ni cantik sangat ke ha? sampai crush aku nak berkawan dengan kau? *tolak kau*" kau hanya berdiam diri, dalam fikiran kau asyik teringatkan Kris.Tanpa kau sedar, air mata kau menitis sebab kau rasa tertekan sangat.Kau terus berpaling ke lain, kau nampak Kris dan Tao sedang mtengok kau dari jauh.Kau terus melarikan diri.

Sampai di dalam kelas, kau hanya duduk bersendirian.Kau terus menutup muka, dalam kepala kau banyak benda yang kau fikirkan.Kau rasa tertekan.Kau terus menjerit perlahan.Kau terus menangis.Dalam diam, Kris ada di depan kau, dia alihkan kerusi untuk melihat kau.Kau terperanjat.Kris dengan muka seriusnya memandang mata kau sambil cakap "kenapa dengan awak ni...?" kau terus lap air mata kau.Kau terus beritahu Kris tentang tadi.Kris terus usap kepala kau, "saya ada..jangan risau..." kau nampak Tao di depan pintu hanya mengangguk dan tersenyum.

Kau terus menundukkan muka, kau malas nak hiraukan orang di sekeliling kau.Cikgu terus masuk, kau hanya terdiam.Kau tidak dapat fokus dalam kelas, cikgu mula panggil kau.Kau tidak dengar cikgu panggil kau sebab kau hanya termenung.Kris mula menepuk meja kau, kau terperanjat.Cikgu terus cakap "awak duduk dekat luarlah kalau tak nak belajar.." kau hanya mengikuti arahan cikgu sebab salah kau jugak tak fokus dalam kelas.Kau terus bangun dan pergi ke luar, semua murid dalam kelas kau gelakkan kau.Kris dan Tao hanya melihat kau keluar.

"awak..." kau terdengar seseorang memanggil kau, kau terus pandang ke tepi.Kau terkejut sebab muka Kris betul betul depan muka kau.Kau terus menepuk bahu Kris.Kris hanya gelak."kenapa dengan awak ni?awak termenungkan apa?"kau mengeluh, tiba tiba air mata kau jatuh.Kau tak tahu apa yang kau fikirkan, kau tak faham dengan perasaan kau.Kris terus peluk kau, dia cakap "kenapa ni? awak cakaplah...saya ada..." kau terus menangis, kau lap air mata kau.

"saya...saya tak tahu hari ni hari yang teruk bagi saya...saya tak tahu nak cakap apa...saya sangat kecewa..." kau terus menutup muka kau, Kris hanya tenung muka kau, dia alihkan tangan kau.Dia cakap "hari ni....awak kecewa...esok lusa awak akan gembira...percayalah saya..."Kau hanya tenung muka Kris.

Kau terus balik ke rumah selepas sekolah, malam kau tak seindah malam malam yang lain, kau ingat hari ni hari yang hebat.Tapi tidak... kau terus membuka tingkap, kau termenung kan satu bintang yang cerah dan menyinar.Kau menitiskan air mata sambil bercakap "harap itu mak..." sebenarnya mak kau dah meninggal selepas ayah kau menghilangkan diri.Sekarang kau hanya tinggal dengan keluarga angkat kau.

Kau terus keluar daripada rumah, kau nak tenangkan fikiran.Kau terus ke taman dan duduk seorang diri.Angin yang kuat menerbangkan rambut kau.Kau hanya menggigil sebab kau tidak memakai jaket yang tebal.Tiba tiba kau rasa ada yang tertindih atas badan kau, kau tengok Kris menyarungkan jaket dia untuk kau.Dia terus duduk di sebelah kau."awak...kenapa awak duduk dekat sini seorang diri sejuk sejuk macam ni...?" kau hanya berdiam diri sambil memandang muka Kris.Kau terus menceritakan tentang keluarga kau.Kris hanya diam, dia terus peluk kau "saya harap pelukan ini menjadi semangat untuk awak..." kau tersenyum.Kau terus tanya Kris "awak ni tak rapat pun dengan orang kan? kecuali Tao...tapi kenapa awak rapat dengan saya?" Kris terus tersenyum dia cakap "saya hanya menyintai awak dengan pandangan pertama" kau terus tersenyum, kau rasa Kris muncul dalam hidup kau untuk memberi kau ketenangan dan semangat.

Kris terus hantar kau pulang ke rumah, kau terus cakap "bye terima kasih untuk hari ini..." Kris terus tersenyum.Malam tu kau tidur dengan lena, hati kau kembali tenang.Keesokannya, kau bersiap siap pergi ke sekolah.Kau berjalan kaki pergi ke sekolah, tiba tiba kau rasa ada orang menarik rambut kau, bila kau pusing Kris hanya tersenyum.Tao terus ketawa.Kris terus memeluk kepala kau.Tao terus bercakap "weh aku tahu kau suka dia tapi....kau tak rasa ke ada orang tengok?" Kris hanya menggeleng.

Bila kau sampai di sekolah kau nampak perempuan yang dipanggil hater kau berdiri di depan kau.Kau hanya terpaku, kau terus berjalan, tiba tiba perempuan itu terus sekat kaki kau dan membuat kau terjatuh.Kawan kawan dia terus melempar telur dekat kau, kau hanya mampu berdiam diri.Kaki kau berdarah, kau hanya mengerang kesakitan.

Tao terus menepuk bahu Kris, Kris terus bertanya "apa?".Tao terus menunjuk dekat kau.Kris terkejut, mata dia bulat bila melihat kau terlentang dan dalam keadaan baju kau terkena telur.Dia terus berlari dekat kau, perempuan yang membuli kau tadi terkejut, dia terus merapatkan diri dia dengan Kris sambil bercakap "oppa...why tolong minah selekeh ni *gedik*" Kris terus menolak dia sehingga jatuh.Kris terus angkat kau, kaki kau masih lagi berdarah.

Tanpa sedar, perlahan lahan kau pengsan.Bila kau membuka mata kau nampak seorang lelaki yang memakai cermin mata.Kau terus cakap "saya dekat mana...?" Kris tersenyum "awak ada dekat hospital..." kau tengok Tao dan Kris tersenyum.Doktor yang memakai cermin mata itu bercakap "kaki dia dah ok, hanya tunggu beberapa hari untuk sembuh"

Kau hanya terdiam, bila kau berpaling dekat Kris.Dia terus mengusap kepala kau sambil cakap "maafkan saya sebab terlewat pergi dekat awak...saya tak nak awak macam ni..." tiba tiba kau rasa basah tangan kau.Rupa rupanya Kris menangis disisi kau kerana tak sanggup melihat kau tersiksa seperti tadi.Dia terus berjanji untuk lindung kau.

Kris dan Tao perlu ke sekolah balik, dia terus melambai dan cakap "take care..." kau hanya mengangguk.Di saat Kris tinggalkan kau, kau rasa sesuatu kosong dalam hati kau.Kau hanya menutup mata dan tertidur.Kris dan Tao terus ke kelas, dia melihat perempuan yang membuli kau dengan kebencian.Perempuan tadi terus duduk dekat belakang Kris iaitu tempat kau.Kris hanya mendiamkan diri.Kris terus bersuara "kau tak layak duduk tempat dia" perempuan tu terus tergelak, dia terus membalas kenyataan Kris "yelah kan saya tak layak duduk tempat minah selekeh tu sebab die tu buruk..." Kris hanya tergelak kecil dia terus bangun "kau tak layak duduk tempat dia sebab kau tu buruk!" Kris dan Tao terus keluar daripada kelas.Perempuan tadi hanya menghentak kaki dan merungut.

Bila habis waktu persekolahan, Kris dan Tao terus melawat kau.Kelihatan kau sedang menidurkan diri dengan tenang.Kris terus mencium dahi kau sambil cakap "get well soon sayang..."

Kris dan Tao terus meninggalkan hospital itu.Kau pun terbangun, kau pandang tepi kau nampak ada sehelai kertas.Kau terus baca "sayang...get well soon...take care sayang...love you...sincerely Kris^^"Kau terus tersenyum sambil cakap "love you too..." malam kau dah kembali cerah.Hati kau dah kembali sempurna.Kau terus terlelap, kau mimpi kau dan Kris bersatu dan bahagia.

Pagi menjelma, kau terus membuka mata dan di depan kau seorang manusia yang kau cintai iaitu Kris yang rela tak ke sekolah untuk melihat kau.Kris tersenyum dia terus bagitahu kau yang kau dah sembuh dan dah boleh balik.Kris terus tolong kau untuk berjalan, dia bawa kau ke keretanya.Dia terus hantar kau balik ke rumah.Mak angkat kau ternampak Kris, dia terus memanggil kau untuk menyuruh Kris masuk ke dalam rumah.

Kris terus masuk ke dalam rumah kau.Mak kau bersuara "handsomenya bf kau ni..." sambil mak kau tengok dekat kau.Kau hanya tersengih sambil membisik "mak..." Kris tersenyum dia terus bersuara "makcik..pakcik...saya..nak melamar dia sebagai isteri saya?" kau dan ahli keluarga kau terkejut, mata kau membulat dan Kris hanya tersenyum gembira.Mak dan ayah kau terus bercakap "kami izinkan.." akhirnya, mimpi kau semalam dah menjadi nyata...kini kau hidup dengan Kris dengan bahagia...dialah yang memberi semangat untuk kau...dia yang membuatkan temui dunia untuk kau...dialah hati kau yang kau cari dan dialah suami kau...

-Tamat-

No comments: