Imagine Kris

Kau dengan kawan kawan kau keluar pergi lepak dekat bandar.Kawan kawan kau cakap dia semua akan jalan jalan dengan bf masing masing.Aku ni dahlah tak ada bf, so aku kena alone lah ni? *hempuk dahi* menyesal ikut dieorang.Sampai dekat suatu tempat tu, kau semua tunggu bf kawan kawan kau sampai.Dalam 10 minit lepastu, kau nampak ada 3 orang budak lelaki.kau tak tahulah kalau seorang tu nak teman kau or else.

"Hai girls...." bf kawan kau yang seorang tu cakap macam tu.Kau pun senyum je, bila kawan kawan kau semua sibuk berdating dengan bf dieorang tu, ada seorang lelaki selalu je tengok kau.Kawan kawan kau semua cakap "weh kau jalan lah dengan Kris eh so bye~".Kau merungut "kenapalah kau tinggal aku...dahlah aku tak kenal".Kris pandang kau "ha?" kau pun cakap "takda apa ..." kau terus tinggal Kris dekat belakang.Kris terus kejar kau.Dia cakap "are u ready for....love?" kau pun malu, muka kau merah gila.Kris jalan je dengan kau walaupun semua diam.Kau tengok kawan kawan kau semua pergi makan, ambil gambar, shopping.Kris pun tengok kau, dia cakap "awak nak...beli aiskrim tak? saya tolong belikan" kau pun senyum belum kau cakap nak.Kris dah potong ayat kau "awak jangan senyum, saya melting nanti.." kau pun malu.Kau terus angguk "nak aiskrim vanilla eh" Kris pun tinggal kau sekejap.Tak lama Kris sampai dia bawa 2 aiskrim satu coklat dan vanilla.Kau terus ambil vanilla.

Kau ni kalau makan aiskrim memang comot.Bila kau makan depan Kris, kau rasa malu.Kau selalu je lap mulut kau.Tapi bila kau makan aiskrim, aiskrim tu terkena dekat hidung kau, kau baru nak ambil tisu, Kris dah tolong lapkan "kenapalah saya jatuh cinta dengan orang yang secantik awak ni...*lap*" kau pun terdiam apakah maksud dia?

Kau makan aiskrim cepat cepat.Kris hanya pandang kau je bila kau makan.Kau terus alihkan pandangan.Kawan kawan kau semua datang dekat tempat kau.Kawan Kris cakap dekat Kris "nilah kawan gf aku yang aku cakap..." Kris hanya mengangguk "aku tahu...dia cantik...*tenung kau*" kau terus diam, kawan kawan kau semua tak percaya dengan apa yang Kris cakap sebab Kris ni orang yang jarang puji orang dan jatuh cinta dengan orang.

Bila dah pukul 5 petang, kawan kawan kau semua dah nak balik so berpisahlah kau dengan Kris untuk sementara waktu.Bila kau dalam perjalanan nak balik.Kau tahan teksi tapi kereta lain yang berhenti.Kris turunkan tingkap dia "awak...saya tumpangkan..." kau pun angguk je.Kau naik, kau terus diam.Kris fokus memandu.Sampai dekat lampu isyarat Kris pandang kau.Kau pun rasa tak selesa kau pun cakap "hurm...so nama awak Kris?" Kris hanya mengangguk.

Sampai dekat rumah kau, kau baru nak langkah keluar dari kereta Kris, dia dah pegang tangan kau.Dia cakap "saya nak number awak?" kau pun cakap "nak buat apa?" Kris terus bagi kad dia "saya hanya nak menjadi rapat dengan awak" Kau pun ambil kad Kris.Kau terus tutup pintu, Kris hanya meninggalkan kau selepas dia bagi kad dekat kau.

Kau pun try message number Kris. "ini saya..." Kris pun terus reply "saya sebenarnya....dah lama stalk awak...saya dah lama cintakan awak...kawan kawan saya belum tahu...tapi saya nak jujur dengan awak malam ni...yang saya cintakan awak sangat...be mine? saya akan buat dunia yang indah dalam hidup awak... tolong...saya cintakan awak..saya janji takkan buat awak sedih or tertekan..sebab saya cintakan awak lebih daripada perkataan "cinta"".Kau terus buntu tak tahu nak reply apa.Dalam diam kau pun dah ada perasaan dekat Kris.Kau pun cakap "saya...saya..saya akan menjadi ...cinta awak..." kau terus lempar phone sebab malu cakap macam tu.Kris tersenyum bila tengok phone "okay sayang..sayang sayang, sayang sayang sayang, sayang sayang sayang ? love you pretty <3"

No comments: