Imagine Chanyeol



"sayang......." kau dengar suara Chanyeol.Tapi kelibatnya kau tak nampak.Kau cari Chanyeol di merata tempat.Akhirnya Chanyeol berpakaian seperti putera raja tersenyum "sayang........saya kat sini *wink*" kau hanya mampu gelak bila tengok Chanyeol pakai pakaian macam tu.Chanyeol terus cakap "eleh nanti kan wedding kita kan...saya nak awak pakai macam puteri saya macam putera" kau diam kau cakap "kenapa pulak nak bertemakan puteri putera ni?" Chanyeol tergelak dia cakap "alah saya kan putera hati awak...awak puteri hati saya kan kan kan? *cubit pipi kau*" kau tersengih "yelah dah lah tu ...jom lah balik? hantar saya?" Chanyeol terus letak tangan dia atas bahu kau. "Putera sedia membantu hahahaaha"

Mak kau dah menunggu depan rumah.Kau terus keluar dari kereta Chanyeol."mak..*bersalam dengan mak*" mak kau tersenyum.Chanyeol belum balik lagi, dia buka tingkap, dia menjerit "bye bakal mak mertua hehehe" mak kau tergelak.Kau hanya mampu buat reaksi muka yang malu.Kau tersengih sampai masuk ke dalam bilik.

Phone kau berbunyi.Nama Chanyeol keluar, kau terus angkat call Chanyeol.Dia suruh kau tengok bintang.Kau pun jadi pelik kenapa lah nak suruh tengok bintang apalah...Kau terus menjenguk dekat tingkap.Kau terpegun sebab nampak 2 bintang bersama.Chanyeol terus cakap "itu ibarah saya dan awak...".Sedang asyik kau tengok bintang.Mak kau panggil suruh kau keluar cepat cepat.Kau pun tak keluar lagi.Mak kau terus kebilik kau tarik tangan kau.Kau pun cakap "apa ni mak...?*kaku*" kau tengok mak ayah Chanyeol di ruang tamu.

Kau terus bersalam dengan mak ayah Chanyeol.Kau pun duduk sebelah mak ayah kau.Kau tengok Chanyeol dengan muka nakal dia.Kau terus cakap "apa ni...?" Chanyeol hanya tersengih.Mak Chanyeol pun mulakan perbualan "dengan ini...saya telah berbincang..saya akan restukan Chanyeol berkahwin dengan awak *senyum*" kau terkejut gila selepas mak dia cakap macam tu.Mata kau bulat mengalahkan mata burung hantu.

Chanyeol hanya buat reaksi muka nakal dia lagi.Ayah Chanyeol terus keluarkan cincin dari beg mak Chanyeol.Dia terus bagi dekat Chanyeol.Chanyeol terketar ketar nak bangun.Akhirnyna dia bangun, dia terus pergi dekat kau."Sudikah tuan puteri menjadi permaisuri hidupku? hahaa ha sayang? terima je saya tahu awak nak kan *cubit pipi kau*"Kau pun buat muka "apalah yelah saya terima" Chanyeol terus sarungkan cincin ke jari kau "bagusnya sayang saya ni *cium kepala kau*"

No comments: